Cara menggunakan laman ini
Buat masa ini kakitangan kami terdiri daripada tiga orang artis, termasuk diri saya sendiri yang juga moderator laman-laman kami, dan kami menghasilkan komik masing-masing mengikut rentak sendiri. Namun bagi komik bersiri, kami telah menandakan setiap mukasurat dengan nombor turutannya, jadi sila baca dari nombor yang paling kecil untuk bermula. Bagi komik sampingan yang tidak bersambung pula, kami tidak letakkan nombor kerana pembaca tidak perlu mengikut mana-mana urutan untuk memahami jalan cerita komik tersebut.
Berkenaan interaksi di laman ini
Anda amat TIDAK DIGALAKKAN:

- Menimbulkan ketidakselesaaan mana-mana pihak.
- Meminta maklumat peribadi daripada mana-mana pihak.
- Meletakkan sebarang jenis iklan tanpa izin pemilik laman ini.
Terima kasih kerana mengikuti panduan yang diberikan di atas. : )
p/s: pentadbir laman ini memiliki kuasa mutlak untuk mengambil tindakan ke atas individu yang dirasakan mengancam pengguna lain XP
Berkenaan hak cipta
Hak cipta bagi seluruh media, kecuali yang dimiliki oleh blogspot, yang berada di laman ini adalah milik pelukis/penulis/pembuat asalnya dan bukan milik pentadbir laman ini kecuali dinyatakan sebaliknya.
Bagaimanapun, kecuali dinyatakan sebaliknya, anda DIBENARKAN untuk:

- Memuat turun media di laman ini untuk simpanan peribadi atau untuk dimuat naik di laman sesawang lain dengan tujuan berkongsi.
- Mencetak atau mengedar semula media di laman ini untuk dikomersialkan tanpa perlu membayar sebarang pampasan kepada pemilik media.
- Mengubah suai media di laman ini dengan mengalih bahasa ke bahasa-bahasa lain untuk dimuat naik sendiri dengan syarat telah berbincang dengan pemilik media dan mendapat persetujuan beliau.
- Mengubah suai media di laman ini untuk kegunaan persendirian.
Anda DILARANG:
- Memadam atau mengubah suai sebarang tanda hak cipta dan/atau maklumat yang terdapat pada semua media di laman ini.
- Membuat kenyataan palsu yang bertujuan merampas hak cipta media yang terdapat di laman ini.