28 June 2012

Menangani Mary Sue


Bagi yang kurang arif, "Mary Sue" atau jantina lainnya "Gary Stu" merujuk kepada watak-watak rekaan yang memiliki terlalu banyak sifat-sifat ideal sehingga menjadikannya watak yang sempurna. 

Secara umumnya, watak-watak seperti ini tidak mempunyai kelemahan yang biasa dimiliki oleh orang lain, malah jika ada kelemahan sekalipun, kelemahan itu hanya bertujuan untuk menaikkan tarafnya lagi. Contoh: Watak X memilik sifat-sifat sempurna, satu-satunya kelemahannya ialah sikap cuai yang berlarutan. Tetapi sikap cuai itu menyebabkan dia kelihatan lebih comel dan dihargai, bukannya dibenci. Watak X kini layak digelar "Mary Sue" atau "Gary Stu".

Bagi penggemar komik veteran yang kritis lagi sinis, watak sebegini, yang juga merupakan watak kesayangan pelukis/penulis/pembuatnya, membuatkan cerita tersebut kelihatan penuh dengan angan-angan dan delusi pelukis/dsb yang bagaikan inginkan watak tersebut benar-benar muncul dalam hidupnya. Ini membuatkan pembaca menjadi penat melayan khayalan pelukis/dsb yang lebih sibuk menghias wataknya berbanding mengembangkan plot cerita.

Untuk maklumat lanjut, sila gunakan laman sesawang wikipedia.