25 November 2012

05 October 2012

03 October 2012

09 September 2012

Ragam Ramadhan


Komik kali ini sepatutnya disiarkan pada bulan Ramadhan, tapi disebabkan art-block yang melanda, ia terpaksa ditangguhkan hingga hari ini.

Selamat hari raya semua!

p/s: Akhirnya dapat selesaikan masalah 'text error' di cs5. Tak perlu lagi sakit tangan menulis teks. XD

28 June 2012

Menangani Mary Sue


Bagi yang kurang arif, "Mary Sue" atau jantina lainnya "Gary Stu" merujuk kepada watak-watak rekaan yang memiliki terlalu banyak sifat-sifat ideal sehingga menjadikannya watak yang sempurna. 

Secara umumnya, watak-watak seperti ini tidak mempunyai kelemahan yang biasa dimiliki oleh orang lain, malah jika ada kelemahan sekalipun, kelemahan itu hanya bertujuan untuk menaikkan tarafnya lagi. Contoh: Watak X memilik sifat-sifat sempurna, satu-satunya kelemahannya ialah sikap cuai yang berlarutan. Tetapi sikap cuai itu menyebabkan dia kelihatan lebih comel dan dihargai, bukannya dibenci. Watak X kini layak digelar "Mary Sue" atau "Gary Stu".

Bagi penggemar komik veteran yang kritis lagi sinis, watak sebegini, yang juga merupakan watak kesayangan pelukis/penulis/pembuatnya, membuatkan cerita tersebut kelihatan penuh dengan angan-angan dan delusi pelukis/dsb yang bagaikan inginkan watak tersebut benar-benar muncul dalam hidupnya. Ini membuatkan pembaca menjadi penat melayan khayalan pelukis/dsb yang lebih sibuk menghias wataknya berbanding mengembangkan plot cerita.

Untuk maklumat lanjut, sila gunakan laman sesawang wikipedia.